Wednesday, May 27, 2009

KERTAS KERJA PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI



Program : Konvoi dan Bercuti ke Pulau Langkawi.

1.Tujuan :
· Meluangkan masa bersama kawan-kawan
· Merehatkan mental dan fizikal
· Merehatkan diri dari kesibukkan dalam melakukan kerja seharian.

2.Matlamat :
· Mengeratkan dan merapatkan silaturahim sesama kawan-kawan
· Menjernihkan dan menceriakan keadaan dan juga suasana
· Mencari sesuatu pengalaman yang baru

3.Aktiviti Program :
· Tarikh : 27, 28 dan 29 June 2009 (Sabtu, Ahad dan Isnin)
· Tempat : Apartment Bella Vista Hotel Langkawi

4.Senarai Ahli Jawatankuasa :
Jawatankuasa Kerja
· Pengarah & Kewangan : Fariz Anuar
· Timb. Pengarah & S/U : Iqman Iberahim
· AJK 1 :
· AJK 2 :
· AJK 3 :
· AJK 4 :


*Pembayaran : Hujung pada bulan Mei ini akan di kutip sebanyak RM200.00 dan selebihnya hujung bulan Jun akan di kutip RM150.00 pada ketika tarikh untuk bertolak ke destinasi.
*Penglibatan : Hanya kenalan rapat sahaja. Tidak terbuka kepada umum



6.Kos Kewangan :
Angaran perbelanjaan

Apartment (2 malam)
(700.00) 100.00

Tiket Bas/ kereta (pergi balik)
100.00

Jetty (pergi balik)
40.00

Sewa Van (jika perlu)
(100.00) 15.00

Makan / minum
50.00

Lain-lain
20.00

Jumlah Besar
325.00

7.Agenda :
Kutipan duit untuk tempahan awal apartment
Bilangan manusia yang pergi
Perbincangan mengenai baju/topi konvoi
Memperkenalkan tag kereta
Merangka aktiviti di Pulau Langkawi
Penambahan dan cetusan idean untuk membaikpulih program

8.Penutup :
Semoga program ini dapat berjalan seperti mana yang telah dirancang sekian lama. Sekiranya anda mempunyai sebarang protes atau idea untuk menambah baik lagi program ini, amat dialukan. Sila luahkan segala cadangan dan kritikan anda, sekiranya cadangan atau kritikan anda itu membawa faedah dan manfaat kepada semua. Dan ingat kepada yang mengkritik!!! Sekiranya kritikkan anda itu adalah kritikan yang tidak berasas dan cuma borak kosong yang hanya untuk meraih publisiti murahan,!! Sesungguhnya anda akan dikecam dan segala cadangan dan kritikkan anda akan diboikot!!



Disediakan Oleh :

____________
Iqman Iberahim
Timb. Pengarah & Setiausaha
Program Konvoi dan Bercuti ke Pulau Langkawi.








*segala yang tertulis disini boleh dirujuk semula di laman blog di : www.legendclanz.blogspot.com

Friday, May 1, 2009

KEMPEN BOIKOT PAYUNG!!!

Salam sejahtera...

Payung adalah tempat kami melepak sejak kami kecil, sejak di bangku sekolah lagi. Di payunglah tempat kami jatuh dan naik, bergaduh, bersuka ria, melepak-melepak, pencetus idea, markaz, tempat mesyuarat dan bermacam2 kenangan telah terukir disana.... kami boleh cakap laa sorank2 nama pekerja yg telah bekerja di payung... kami boleh ceritakan setiap apa yg berlaku di payung.. kami bolah bagi tahu setiap apa yg ada di payung... dan nama payung itu sendiri kami yang bagi... nama sebenar kedai itu adalah Bintang Malam.. dan juga.. kami laa yg mempolularkan nama dan kedai itu keseluruh daerah kawasan gombak (citer nak tip top jerk). cuba pergi ke melewar.. kerdas... changkat.. sri gombak.. segala taman yg berjiran dengan taman greenwood.. sapa yg tak kenal Payung??? sampai tahap kawan2 kami yg datang dari jauh.. kami bawak lepak payung... ikutkan malu nak ajak lepak sana.. memang nak ajak lepak stabuck or old town.. tapi kami bersifat 'be ur self'. ini lah tempat kelahiran kami... kami juga seolah2 sudah serasi disana...

akan tetapi apabila pihak pengurusan telah ditukar, segala2nya telah berubah.. kerana sebelum ini 'doremon' adalah tokey sebelum ini telah bertukar ke cawangan lain.. dengan itu berlakulah transmisi pengurusan payung... semua 'abe-abe' siam tuh berhenti kerja.. ini kerana memberi laluan kepada pekerja wanita berwarga indonesia... ini menyebabkan ketidak serasian dalam fokus melakukan kerja. tapi kami tak kisah, itu masalah mereka. Dan yang pasti, pekerja-pekerja warga indonesia itu semuanya cantik-cantik bangat. Penarik sioddd!!!!

apa yg nak dijadikan cerita, setelah masih berkurun lepak di payung, kami mendapat suatu cerita atau gosip yg sangat panas dari payuung... pada suatu hari.. ibu bapa kepada tukang masak di kedai payung datang menziarahi anak mereka. mereka datang dari Thailand. Jauh OOoOooO... tetiba sedang enak menikmati makanan masakan anak mereka di tempat kerja anak mereka sendiri.. Bos kedai itu atau dikenali sebagai MAMA BOSAN berkira atau mengira apa yg mereka makan seperti mana client lain yang datang makan di kedai mereka.. aduhhh sungguh tak beperikemanusiaan... untuk menguatkan bukti dalam kempen memboikot payung... kami yg sedang-sedang lepak payung selepas baru pulang dari pasar malam (Fad, Cici. Mimi, Mancik dan Ejal) oder air kosong sebagai minuman petang di ikuti dengan air fresh oren dan teh O ais... bila time nak kira jee.. air kosong di kira RM0.30.. "oit!!!.. kami nie otai payung laa.. kalau client lain ko nak amik rm0.30.. amik laa... inikan kami... rugi besar mana wey???"

tak tahu laa buat ape tokey kedai tu nak untung besar-besar.. bini dah besar.. anak dia pom besar gak ar.. huhu! kete pom besar2 semua nya... adessss.. rezeki nie jgn dok perah sangat... sebab yg dtg adalah dari Allah... buat lah kerja2 amal skit, jgn dok berkira sangat...

mungkin kempen memboikot payung ini berlanjutan dalam sebulan atau dua bulan atau tiga tahun atau empat kurun, kami pom tak tahu.. ntah-ntah untuk seminaggu dua nie jerk... apa2 pom niat kami adalah untuk mengajar.. plzz, jgn berkira sangat.. belajar bersedekah dan beramah mesra dengan pelanggan.. jgn sombong.. kami pom bukan la sempurna sangat.. tapi kita sama-sama jgn berkira laa.. ok mama bosan dan hitler??

sebenar itu adalah 1:100 (nisbah) cerita dari cerita kami.. nak tau lebih lanjut.. jom lepak sebelah kedai payung atau kedai penyu.. ape2 pom... call jerk..

Monday, April 27, 2009

Perjalanan ke Terengganu

Tarikh : 25/04/2009
Jam bertolak dari Greenwood ke Kuala Terengganu : 04.00pm
Sampai ke Kuala Terengganu : 10.15pm
Driver : Yus

tujuan : untuk jumpe ngan fariz dan membuat statement berkenaan gambar beruniform polis beserta gari di tangan.

Yg pergi : Iqman (sepet), Yusman (Mat Blue), Fad (Kim), Wan (Roy)

cerita : memang seronok gile pergi terengannu, huhu! fariz bawak kita orang pergi jalan2 sekitar pantai di terengganu, masjid terapung, dan yang paling best masjid kristal. pas tu, petang2 kita orang gi makan keropok lekor, ikan pari goreng, ikan kembung goreng sambil di cicah oleh chili sos.huhu! air kelapa dia tak ingat best giler.

kami lepak di sebuah kediaman kawan kepada fariz yg telah pulang bercuti. wow! rumah tu dah macam rumah bujang.. hahah!! cuma yg tak best nyer.. Astro gagal untuk di pasang kat sana.. tak dapat siaran plak.. nasib baik fariz ada laptop beserta dengan broadband nyer.. tak ade laa bosan sangat..

tujuan sebenar adalah untuk pergi berjumpe dengan inspektor kepada fariz (Tuan Hafiz) berkenaan dengan *gambar kontrovesi (nak tau/tengok cerita/gambar tu add YM : akanishi_boy@yahoo.com). tak apsal2 dah macam gi melancong ke terengganu. Jutaan terima kasih kepada fariz segala layanan yg telah di berikan sepanjang perjalanan kami di sana. segala jasa baik beliau hanya Allah yg mampu membalas dan kami mendoakan semoga umur yang panjang dan di murahkan rezeki dan banyak2 dapat bonus!! thx alot Fariz!!!

Tarikh Sampai KL : 26/04/2009
Jam bertolak : 01.30 am
Jam sampai : 06.00 am
Driver : Yus, Wan

*untuk gambar yg selebihnya ada kat dalam myspace saya : www.myspace.com/iqman



wan dan masjid kristalnya


sok-sok candid!!


keindahan masjid kristal


menara masjid kristal


haha! seronok giler!!


ini lah Farizz.. abg kawasan Legend!!

Thursday, April 23, 2009

Pembukaan Legend Clanz

Tujuan pembukaan blog Legend Clanz ini adalah sebagai catitan setiap program yang telah kami berjaya lakukan dan pengalaman yang perlu dikongsi bersama. Blog ini juga adalah sebagai tempat penyimpanan memori untuk dirujuk dan dikenang kembali pada masa akan datang. Selain dari menceritakan setiap program yang kami jalankan, kami juga akan menceritakan program berkala, meeting bulanan dan minggun, untuk berkongsi idea dan bermacam-macam lagi.

Oleh itu senantiasa lah menziarahi blog ini dan curahlah segala idea yang ada katakan bernas!!!