Friday, May 1, 2009

KEMPEN BOIKOT PAYUNG!!!

Salam sejahtera...

Payung adalah tempat kami melepak sejak kami kecil, sejak di bangku sekolah lagi. Di payunglah tempat kami jatuh dan naik, bergaduh, bersuka ria, melepak-melepak, pencetus idea, markaz, tempat mesyuarat dan bermacam2 kenangan telah terukir disana.... kami boleh cakap laa sorank2 nama pekerja yg telah bekerja di payung... kami boleh ceritakan setiap apa yg berlaku di payung.. kami bolah bagi tahu setiap apa yg ada di payung... dan nama payung itu sendiri kami yang bagi... nama sebenar kedai itu adalah Bintang Malam.. dan juga.. kami laa yg mempolularkan nama dan kedai itu keseluruh daerah kawasan gombak (citer nak tip top jerk). cuba pergi ke melewar.. kerdas... changkat.. sri gombak.. segala taman yg berjiran dengan taman greenwood.. sapa yg tak kenal Payung??? sampai tahap kawan2 kami yg datang dari jauh.. kami bawak lepak payung... ikutkan malu nak ajak lepak sana.. memang nak ajak lepak stabuck or old town.. tapi kami bersifat 'be ur self'. ini lah tempat kelahiran kami... kami juga seolah2 sudah serasi disana...

akan tetapi apabila pihak pengurusan telah ditukar, segala2nya telah berubah.. kerana sebelum ini 'doremon' adalah tokey sebelum ini telah bertukar ke cawangan lain.. dengan itu berlakulah transmisi pengurusan payung... semua 'abe-abe' siam tuh berhenti kerja.. ini kerana memberi laluan kepada pekerja wanita berwarga indonesia... ini menyebabkan ketidak serasian dalam fokus melakukan kerja. tapi kami tak kisah, itu masalah mereka. Dan yang pasti, pekerja-pekerja warga indonesia itu semuanya cantik-cantik bangat. Penarik sioddd!!!!

apa yg nak dijadikan cerita, setelah masih berkurun lepak di payung, kami mendapat suatu cerita atau gosip yg sangat panas dari payuung... pada suatu hari.. ibu bapa kepada tukang masak di kedai payung datang menziarahi anak mereka. mereka datang dari Thailand. Jauh OOoOooO... tetiba sedang enak menikmati makanan masakan anak mereka di tempat kerja anak mereka sendiri.. Bos kedai itu atau dikenali sebagai MAMA BOSAN berkira atau mengira apa yg mereka makan seperti mana client lain yang datang makan di kedai mereka.. aduhhh sungguh tak beperikemanusiaan... untuk menguatkan bukti dalam kempen memboikot payung... kami yg sedang-sedang lepak payung selepas baru pulang dari pasar malam (Fad, Cici. Mimi, Mancik dan Ejal) oder air kosong sebagai minuman petang di ikuti dengan air fresh oren dan teh O ais... bila time nak kira jee.. air kosong di kira RM0.30.. "oit!!!.. kami nie otai payung laa.. kalau client lain ko nak amik rm0.30.. amik laa... inikan kami... rugi besar mana wey???"

tak tahu laa buat ape tokey kedai tu nak untung besar-besar.. bini dah besar.. anak dia pom besar gak ar.. huhu! kete pom besar2 semua nya... adessss.. rezeki nie jgn dok perah sangat... sebab yg dtg adalah dari Allah... buat lah kerja2 amal skit, jgn dok berkira sangat...

mungkin kempen memboikot payung ini berlanjutan dalam sebulan atau dua bulan atau tiga tahun atau empat kurun, kami pom tak tahu.. ntah-ntah untuk seminaggu dua nie jerk... apa2 pom niat kami adalah untuk mengajar.. plzz, jgn berkira sangat.. belajar bersedekah dan beramah mesra dengan pelanggan.. jgn sombong.. kami pom bukan la sempurna sangat.. tapi kita sama-sama jgn berkira laa.. ok mama bosan dan hitler??

sebenar itu adalah 1:100 (nisbah) cerita dari cerita kami.. nak tau lebih lanjut.. jom lepak sebelah kedai payung atau kedai penyu.. ape2 pom... call jerk..

No comments:

Post a Comment